المدة الزمنية 1:57

MASJID RAJA | MASJID LAMA KAMPUNG CHEPOR | LENGGONG, PERAK

بواسطة HarizImran Channel
1 609 مشاهدة
0
24
تم نشره في 2020/09/09

KAMPUNG CHEPOR WARISAN PURBA,KAMI ADA SERIBU CERITA.. Sejarah Masjid Lama Kampung Chepor Lenggong Perak....... (Masjid Raja).. Masjid pertama berusia 480 tahun yang masih tersergam kukuh di tengah-tengah kampung....Masjid dikenali sebagai "Masjid Raja" itu yang terletak berhampiran Masjid al-Rahmaniah di Kampung Chepor,, dibina pada zaman Sultan Muzzafar Shah 1 (Sultan pertama negeri Perak) lagi. Masjid Raja mula dibina pada 1539 dan mula diguna pada 1541. sejarah pembinaan masjid itu bermula dari kejatuhan Melaka pada 1511, selepas Sultan Mahmud Shah ditabalkan sebagai sultan di Kampar(Indonesia). Sebelum pembinaan Masjid Raja,"pada 1539, Sultan Muzaffar Shah 1 mengarah semua kampung di bawah tadbiran Tun Sa'aban dan Tok Temong (kedua-duanya di bawah jajahan Perak) membina masjid,,atas titah Tuanku Sultan, orang Kampar dan Pattani datang bantu penduduk Kampung Chepor masuk hutan untuk mencari kayu-kayu yang kukuh seperti cengal, dan merbau dan sebagainya. Masjid Raja sangat menyentuh hati dan perasaan pada sesiapa saja yang melihatnya,,Dan terburai air mata bila kita lihat 4 tiang tengahnya yang masih ada tanda atau takah tempat mengikat tali untuk di tarik dengan gajah dari rimba untuk menjadi tunggak utama bagi menyokong struktur lain sehingga tiang itu berdiri gagah sampai kini.Ia menyimpan 1000 kenangan untuk penduduk Kampung Chepor Lenggong.. Bangunan yang penentuan arah Qiblat oleh seorang ulamak dari Pattani, yang bangunan asalnya berdindingkan kelarai dan beratapkan daun rumbia akhirnya siap dan mulai digunakan pada 1541. "Binaan asal masjid itu terdiri daripada kayu kayan yang tak boleh dimakan anai-anai di mana asalnya dinding kelarai, atap rumbia dan rangka atasnya kayu-kayu bulat. "Baikpulih kali ketiga barulah diganti dengan dinding papan dan atap zink dan kekal hingga sekarang,"Masjid Raja tidak dirasmikan, tapi pada 1541, ketika Jumaat pertama didirikan di bangunan itu, Sultan Muzaffar Shah 1 menunaikan solat bersama dengan berimamkan seorang ulamak Pattani yang jadi pengikut Tun Sa'aban dan dlm kutbah di doakan untuk kesejahteraan Sultan dan Negerinya.. Masjid yang rekabentuknya dipengaruhi senibina Riau, Sumatra, Minangkabau, Melayu, Deli dan Langkap itu terus diguna sehinggalah siapnya masjid baru (Masjid al-Rahmaniah) pada 1964, masjid baru itu yang telah uzur dirobohkan sekitar 2000-an dan pada 2004 siaplah bangunan baru yang ada sekarang ini, terletak berhampiran bangunan tua Masjid Raja. Sementara menunggu siap bangunan baru masjid yang ada sekarang ini pada 2004, penduduk Kampung Chepor kembali semula bersolat Jumaat dan solat lima waktu berjamaah di Masjid Raja. "Selepas 2004 Masjid Raja tidak lagi digunakan hinggalah sekarang tetapi masih di jaga... "Banyak jasanya masjid yang boleh menampung kira-kira 100 ahli jemaah itu, , pada awal pembukaan Masjid Raja itu,, kerana tidak cukup ahli kariah, orang Kampung Luat, Beng, Bukit Sapi dan Labit pun datang ke Chepor pada hari khamis dan mereka bermalam di rumah keluarga mereka kerana jajahan Tok Temong dan Tun Saaban ini mereka semua bersaudara,selepas jumaat mereka akan pulang sebelum petang untuk mengelakkan di serang harimau.. "Hanya Labit yang dekat, orang dari tiga kampung lain itu pada petang Khamis lagi telah datang ke Chepor dan pulang semula selepas selesai Jumaat,". Pengkaji Asal dari; (Seorang Pegawai Tadbir di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang yang juga Anak Jati Kampung Chepor, Haji Lokman Bin Haji Mahmud, 59, Generasi ke 8 Keturunan Tun Perak yang masih menyimpan baik sejarah pembinaannya... beliau yang menceritakan sejarah masjid ini).. Kredit kepada Nurul Fatimah dan AkiAji #aerialview #dronevideo #djimavicmini #unesco #lenggong #perak #tourismmalayaia #visitmalaysia2020 #visitperak2020 #malaysiatrulyasia #cuticutimalaysia Shot on DJI Mavic Mini

الفئة

عرض المزيد

تعليقات - 5